Rindu nak kucup tangan ayah. Rindu nak suap ayah makan. Rindu nak pakai kan baju untuk ayah. Kalau dulu mesti pagi pagi raya da siap pakai kan ayah baju melayu dan kain pelikat. Semangat ayah nak beraya. Yela.. Waktu raya ney la anak beranak sume beekumpul.
Rindu nak tengok ayah tersenyum bila dapat duet raya dapat duit raya dari adek beradek yang dah bekerja. Haha. Comel gelagat ayah! Walaupun sakit tapi ayah tetap senyum..
Dulu waktu ayah baru sakit. Aku kecik lagi. Darjah tiga rasanya. Waktu tu aku rase down giler. Bila orang yang kite sayang sakit dan waktu tu kita tak boleh nak buat ape ape. Aku rase macam aku neh manusia yang tak berguna.
Walaupun waktu tu aku masih kecik tapi pengalaman itulah yang mendewasakan kita.Sejak tu aku berazam nak jadik budak pandai and satu hari nanti aku nak jadi somebody yang tahu everything pasal health and disease.
Start dari tu la aku nak jadik doctor. Semua sebab ayah. You're my inspiration. Aku bayangkan satu hari nanti aku dapat cure penyakit ayah. My dad got strok aka angin ahmar. Tapi impian aku tu tak kesampaian. Ayah pergi menyambut seruan Ilahi awal tahun neh ( 17 feb 2012) pada hari jumaat.
Kalau boleh aku nak sangat bagitaw kat ayah, "ayah, orang nak bagitaw, orang dapat jadik doctor, bulan september neh orang daftar masuk u. InsyaAllah lagi 5tahun orang bergelar doctor"
0 pujian ikhlas:
Post a Comment