Aidilfitri yang hampir menjelang

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua. Sedar tak sedar ramadan kian berakhir. Rase macam sekejap sangat masa berlalu. Bila tiba syawal, rasa sayu je.. Ini syawal yang pertama tanpa ayah.

Rindu nak kucup tangan ayah. Rindu nak suap ayah makan. Rindu nak pakai kan baju untuk ayah. Kalau dulu mesti pagi pagi raya da siap pakai kan ayah baju melayu dan kain pelikat. Semangat ayah nak beraya. Yela.. Waktu raya ney la anak beranak sume beekumpul.

Rindu nak tengok ayah tersenyum bila dapat duet raya dapat duit raya dari adek beradek yang dah bekerja. Haha. Comel gelagat ayah! Walaupun sakit tapi ayah tetap senyum..

Dulu waktu ayah baru sakit. Aku kecik lagi. Darjah tiga rasanya. Waktu tu aku rase down giler. Bila orang yang kite sayang sakit dan waktu tu kita tak boleh nak buat ape ape. Aku rase macam aku neh manusia yang tak berguna.

Walaupun waktu tu aku masih kecik tapi pengalaman itulah yang mendewasakan kita.Sejak tu aku berazam nak jadik budak pandai and satu hari nanti aku nak jadi somebody yang tahu everything pasal health and disease.

Start dari tu la aku nak jadik doctor. Semua sebab ayah. You're my inspiration. Aku bayangkan satu hari nanti aku dapat cure penyakit ayah. My dad got strok aka angin ahmar. Tapi impian aku tu tak kesampaian. Ayah pergi menyambut seruan Ilahi awal tahun neh ( 17 feb 2012) pada hari jumaat.

Kalau boleh aku nak sangat bagitaw kat ayah, "ayah, orang nak bagitaw, orang dapat jadik doctor, bulan september neh orang daftar masuk u. InsyaAllah lagi 5tahun orang bergelar doctor"



Tajaan jpa bagi program ijazah dalam negara (PIDN)

Assalamualaikum. Post neh buat lepasan matrik asasi dan yang sama waktu dengan nye.

Bagi sesiapa yang masih xtahu. Permohonan bagi biasiswa jpa kebiasaannya dibuka selepas korang dapat result upu korang.meaning dalam bulan 8 cam tu. sebelum neh bagi kos kritikal ( medic, dentist, farmasi ) akan automatik dapat scholar. Tapi start tahun 2012, even budak critical course pon kne apply online gak. Yang best nye pidn neh. Korang apply and just wait for the result. Result keluar after korang masuk u nanti dalam bulan september cam tu. No inteview. No resume, no cv, no long essay! Happy kan. Say yes t0 PIDN! Hehe.

Tapi satu la yang tention. Server slow nak mampus. So, kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi mane-mane candidates yang nak apply jpa. Pepandai la korang cari time yang xdek orang online.

Tapi bagi mane2 student yang da dapat tajaan jpa selepas spm. Korang tak perlu apply. Kalau result oke, automatik akan dapat scholar.

Lepas isi maklumat secara online, korang kene pos kan maklumat pendapatan ke pejabat JPA. Lebeh kurang sebulan macam tu baru result keluar.

So all the best!

gaji pertama

Assalamualaikum semua

Buat pengetahuan semua, aku partime keje dekat maxis. Penat rupanya nak cari duit neh. *Sigh

'baru tau betape penatnye nak cari duet, selama neh dok abeskan borasss aje'



dan semalam aku dapat gaji pertama aku.walaupun xtakdelah byk sgt tapi aku tetap bersyukur. baek ade dari takde langsung kan.teruja sngat la mase bos panggil amek gaji. rasa macam dah besar sangat dah. hehe

aku usyalah slip gaji aku. ade socso :) epf je xdek lagi. dorang kate second month nanti baru dapat.

-socso: Social Security Organization aka PERKESO. lebih kurang macam insurans. kalau berlaku kejadian yang tak diingini dalam waktu bekerja dorang akan bagi pampasan seumur hidup.

-epf: kwsp la. simpanan hari tua

Belajar utk berdikari. Kita khalifah kan? Kena belajar pimpin diri dulu :)



muka excited dapat makan kfc. macam da lame sangat tak makan.